Selasa, 14 Mei 2013

RAWATAN GURAH


1) Apa itu Resdung, Tanda-Tanda dan Kemudaratannya?

Apa itu Resdung?
Resdung adalah radang pada lapisan rongga hidung. Ia boleh berpunca daripada isi (daging) di bahagian dalaman hidung yang bengkak sehingga menyebabkan pergerakan udara yang tersekat-sekat (blockage).

Di antara tanda-tanda resdung adalah hidung berhingus / tersumbat, sakit kepala terutama di dahi dan pipi, migrain berlarutan. Ia juga boleh dikenali sebagai "sinusitis" atau ringkasannya "sinus".

Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lendir akan berkumpul, seterusnya kuman (bakteria) akan membiak didalam rongga sinus ini. Ini menyebabkan penghasilan nanah dan juga bengkak didalam lapisan hidung.

Di kalangan kanak-kanak, resdung boleh menyebabkan bakteria merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata.



Tanda-Tanda Resdung:
-Lendir (cecair) yang tersumbat di bahagian hidung dan tekak.
-Sakit tekak yang berpanjangan (berlarutan).
-Gatal hidung, selalu bersin terutama pada waktu pagi.
-Sakit / rasa berat muka dikawasan antara mata, juga bila bersujud.
-Sakit berdenyut di muka dan bahagian depan kepala.
-Selsema biasa yang berpanjangan.
-Jerawat yang banyak di bahagian muka.



Bagi individu yang kerap bersin pagi dan alahan (allergic) pada habuk, itu petanda anda sudah menghidapi penyakit resdung di mana banyak lendiran kotor yang dipenuhi bakteria telah berkumpul di rongga hidung, muka dan kerongkong.

Kemudaratan Resdung:
-Jangkitan nanah (bakteria) dikawasan dalaman hidung / mata.
-Menyebabkan jangkitan tonsil / telinga.
-Alahan hidung (allergic).
-Memburukkan lagi pesakit yang ada asthma.
-Berdengkur secara kronik.
-Kurang fokus pada penglihatan (mata).
-Gangguan suara (vocal projection).

UNTUK MEMBUAT RAWATAN SILA SMS OR CALL: 0193657837
SILA BOOKING MASA UNTUK RAWATAN KE RUMAH ADA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan